KUCHING: Segala kemudahan dan kelengkapan di setiap venue kejohanan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18 sudah 100 peratus siap mengikut piawaian antarabangsa, kata Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Solidariti (KBSS) Kameri Affandi.
Beliau memberitahu, kesemua kemudahan dan kelengkapan baik dari segi peralatan dan sistem keputusan sudah siap dipasang mengikut garis panduan yang ditetapkan.
“Saya boleh katakan semua (kemudahan) sudah 100 peratus bersedia, jadi kita sekarang hanya tunggu acara dimulakan sahaja.
“Malah, saya percaya ini adalah venue terbaik yang kita ada untuk SUKMA dan pada 31 Julai nanti, saya pasti semua yang terlibat akan meninggalkan Sarawak dengan hati yang gembira,” ujarnya.Beliau memberitahu, kesemua kemudahan dan kelengkapan baik dari segi peralatan dan sistem keputusan sudah siap dipasang mengikut garis panduan yang ditetapkan.
“Saya boleh katakan semua (kemudahan) sudah 100 peratus bersedia, jadi kita sekarang hanya tunggu acara dimulakan sahaja.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada selepas meninjau program ‘Dry Day’ SUKMA Ke-18 di Pusat Akuatik Sarawak, Petrajaya di sini semalam.
Pada masa sama, Kameri memberitahu sistem keputusan yang diguna pakai dan dipasang pada setiap venue perlawanan temasya SUKMA merupakan antara sistem yang terbaik di dunia.
“Keputusan setiap kejohanan pada SUKMA ini juga disiarkan terus kepada umum menerusi aplikasi yang telah dipasangkan dan sudah tentunya ia mesra media,” tambahnya.
Ditanya mengenai masalah di venue lapang sasar, beliau menjelaskan ia hanya melibatkan pemasangan sistem dari Jerman dan ia sudah diselesaikan semalam.
“Justeru, saya percaya SUKMA kali ini mempunyai kemudahan yang terbaik dan kita berharap semua atlet dapat menunjukkan persembahan yang terbaik mereka,” ujarnya.
Pada SUKMA Ke-18, sebanyak 24 acara dipertandingkan yang akan berlangsung di Kuching, Kota Samarahan, Sibu dan Miri. -UtusanBorneo
No comments:
Post a Comment