Showing posts with label Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Show all posts
Showing posts with label Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Show all posts

Sunday, 17 July 2016

SUKMA 2016: Adenan serah bendera negeri kepada kontinjen SUKMA Sarawak

KIBAR CABARAN: Karim mengibarkan bendera Sarawak sambil disaksikan Adenan, Jamilah, Manyin, Masing, Morshidi sebagai simbolik bermula cabaran SUKMA Sarawak 2016.
KOTA SAMARAHAN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem semalam menyempurnakan penyerahan bendera negeri kepada kontinjen Sarawak yang akan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) XVIII Sarawak 2016 pada 22 hingga 31 Julai ini.

Majlis tersebut disaksikan isteri Adenan Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu serta Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing, Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Dato Sri Micheal Manyin Jawong, Menteri Muda Belia dan Sukan merangkap Chef-De-Mission Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Profesor Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

SEMANGAT: Perarakan masuk bendera Sarawak dibawa oleh anggota polis sebelum diserahkan kepada Adenan untuk disampaikan kepada ketua kontinjen SUKMA Sarawak.
Laungan slogan ‘Agi Idup Agi Ngelaban’ oleh para atlet bergema dalam Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR) Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ketika menyambut ketibaan Adenan bersama rombongan.