Saturday, 2 July 2016

Pendaftaran untuk Charity Night Run 2016 dibuka sekarang


KUCHING: The Loving Society Kuching kini membuka pendaftaran untuk peserta larian amal ‘Charity Night Run 2016 The Power Of Love 4.0’ yang akan berlangsung di sini pada 30 Julai depan.

Presiden The Loving Society Kuching, Kelly Ho menerusi kenyataan akhbarnya semalam berkata pihaknya akan berada di Pusat Beli-Belah CityOne setiap hujung minggu iaitu pada Sabtu dan Ahad (10 pagi hingga 10 malam) untuk sesi jerayawara dan pendaftaran peserta.

“Untuk acara larian amal kali ini terdapat dua kategori larian iaitu 5km Fun Run dan 10km Open (terbuka).

“Kedua-dua kategori ini terbuka kepada rakyat Malaysia berusia 12 tahun dan ke atas manakala peserta berusia bawah 18 tahun perlu memohon kebenaran ibu bapa dan penjaga terlebih dahulu sebelum mengikuti larian amal,” jelasnya.

Katanya, yuran penyertaan biasa untuk kategori 5km Fun Run adalah RM40 setiap seorang dan RM45 untuk acara 10km Terbuka (kadar yuran efektif bermula 9 Mei hingga 30 Jun sahaja).

Manakala bermula 1 Julai hingga 24 Julai yuran pendaftaran adalah RM45 untuk kategori 5km Fun Run setiap seorang manakala RM50 untuk acara 10km terbuka.

“Pek larian (Fun Pack) juga terbuka untuk kutipan pada 23 dan 24 Julai di gerai pameran Loving Society Kuching di Pusat Beli-Belah CityOne,” tambahnya.

Peserta larian amal juga menerima kemeja-T dan nombor dan sesiapa berjaya menamatkan larian dalam tempoh sebelum dua jam menerima medal penamat.

Ho menambah pihaknya menyasarkan seramai 700 penyertaan akan menjayakan larian amal tersebut.

“Kita mahu mempromosikan gaya hidup sihat dan kecergasan selain meningkatkan kesedaran dan menyokong kumpulan kebajikan tempatan serta perkhidmatan kesukarelawan,” katanya.

Sesiapa yang berminat juga boleh mendaftar menerusi aplikasi ‘whatsapp’ atau terus ke pejabat The Loving Society Kuching bertempat di No. 9A, Tingkat 1, Jalan Badruddin di sini.

Di samping itu, turut diadakan pertandingan mewarna untuk kanakkanak prasekolah dan murid-murid sekolah rendah pada 28 Julai jam 1.30 petang di Pusat Beli- Belah VivaCity.

Pertandingan mewarna itu dibahagi kepada tiga kategori termasuk prasekolah, Darjah 1 hingga 3 dan Darjah 4 hingga 6.

Yuran pendaftaran adalah RM5 untuk semua kategori dan pemenang pertama, kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah termasuk 10 pemenang sagu hati.

Pendaftaran ditutup pada 22 Julai depan.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web di https:www.facebook.com/thelovingsocietykuching atau hubungi Hotline: 010-9858308. -UtusanBorneo
  

No comments:

Post a Comment