June 18, 2016
SIAP SEDIA...Ketua Jurulatih Silat Sukma Sarawak, Hussien Zawawi (duduk di tengah) bersama-sama barisan anak didiknya yang siap siaga untuk mengharungi temasya berprestij negara bulan depan. |
KUCHING (Utusan Sarawak): SKUAD silat meletak sasaran untuk memperolehi lima pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XVIII 2016 yang akan bermula dari 22 hingga 31 Julai depan.
Ketua jurulatih, Hussien Zawawi memberitahu, dengan persiapan rapi dilakukan beliau terhadap anak didiknya bermula bulan November tahun lepas.
Di samping percaturan tumpuan dengan mempertaruhkan kudrat tujuh pesilat berpengalaman yang juga antara penyumbang pingat buat kontinjen Sarawak pada Sukma XVII Perlis 2014.
Sekali gus menjadi penanda aras positif betapa peluang merealisasi misi mencapai lima pingat emas itu tidak mustahil untuk dilaksanakan.
Sekali gus menjadi penanda aras positif betapa peluang merealisasi misi mencapai lima pingat emas itu tidak mustahil untuk dilaksanakan.
"Sasaran kita untuk meraih lima pingat emas... saya percaya dan penuh yakin barisan pesilat kita mampu memperolehinya pada saingan sebenar kelak," jelas Hussien ketika mengulas mengenai perkara itu semalam.
Sambil mengakui butiran lima pingat emas itu kelak diharap dapat diperolehi daripada lima acara tumpuan iaitu regu puteri, tunggal putera, kelas F puteri, seni selain olahraga.
Sambil mengakui butiran lima pingat emas itu kelak diharap dapat diperolehi daripada lima acara tumpuan iaitu regu puteri, tunggal putera, kelas F puteri, seni selain olahraga.
Menurut Hussien, skuad silat asuhannya kini diperkuatkan seramai 30 orang dan akan turut serta dalam 25 acara berbanding 26 kesemua acara silat yang dipertandingkan.
Dalam pada itu, Hussien turut menyatakan, sepanjang tempoh latihan, anak-anak buahnya juga turut diberi peluang menyertai kejohanan sebagai pendedahan.
Dalam pada itu, Hussien turut menyatakan, sepanjang tempoh latihan, anak-anak buahnya juga turut diberi peluang menyertai kejohanan sebagai pendedahan.
"Pada bulan Mac lalu beberapa pesilat kita turut menyertai Kejuaraan Pencak Silat Kebangsaan di Pontian, Johor.
"Dan saya percaya pendekatan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi masing- masing," jelas Hussien.
"Dan saya percaya pendekatan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi masing- masing," jelas Hussien.
Ketika ini barisan pesilat berkampung di Kem Latihan Pusat Sukan Pencak Silat, Jalan Batu Kawa untuk latihan pusat.
No comments:
Post a Comment