Monday, 18 July 2016

SUKMA 2016: Karate, bolasepak, taekwando dan gimnastik irama bermula esok


KUCHING: Sukan karate, bolasepak, takewondo dan gimnastik irama akan memulakan pertandingan pada hari Selasa ini (Julai 19) berdasarkan jadual yang dipaparkan di sukmasarawak2016.my.

Sukan karate yang menyaksikan 16 kategori akan dipertandingkan akan berlangsung di Stadium Bandaraya Miri.

Manakala sukan bolasepak akan menyaksikan perlawanan pembukaan diantara enam pasukan dalam Kumpulan A dan B di Stadium Negeri, Stadium Unimas dan Padang D, Stadium Sarawak.
  
Walau bagaimanapun, Sarawak hanya akan turun padang pada keesokkan harinya.

Sukan taekwondo pula akan diadakan di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak sementara itu sukan gimnastik irama akan diadakan di Stadium Tertutup MBKS.

Semua sukan akan diadakan di sini kecuali sukan karate di Miri. -TheKuchingSportsNews

No comments:

Post a Comment