BINTULU: Menteri Kemudahan Awam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kemena, Datuk Dr Stephen Rundi Utom dilantik secara rasmi sebagai penaung Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) bagi sesi 2016-2019.
Presiden BiFA yang dipilih bagi sesi 2016-2019, Duke Janteng dalam kenyataan di sini berkata pemilihan dan pelantikan Dr Rundi mengambil kira jasa dan sokongannya kepada pembangunan bola sepak di Bahagian Bintulu.
“Meskipun Dr Rundi sibuk dengan tugas-tugas rasmi namun beliau amat komited dan bersungguh-sungguh membantu pembangunan bola sepak melibatkan belia-belia khususnya di Bintulu,” katanya semasa menyerahkan baju korporat BiFA kepada Dr Rundi di sini semalam.
