MohdShafikAhmad): Skuad penembak Sarawak kini tampak lebih yakin untuk mencapai sasaran tiga pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi Ke-18 Sarawak yang bermula penghujung bulan ini selepas menerima senjata baharu mereka.
Lebih manis apabila kejohanan tersebut diadakan di lapang sasar baharu selepas beberapa tahun menggunakan padang menembak polis di Batu Kawa.
Sarawak hanya meletakkan sasaran tiga pingat emas daripada 26 pingat yang ditawarkan berikutan kelewatan senjata baharu yang hanya sampai pada 9 Jun lalu.
Manakala jaket yang merupakan peralatan penting dalam acara itu tiba pada 31 Mei lalu, menyukarkan atlet-atlet menembak Sarawak berlatih menggunakan peralatan baharu yang dibekalkan.
Sarawak memperolehi 13 pingat emas pada SUKMA 1996 di Pahang apabila mereka mempunyai senjata baharu, bagaimanapun koleksi pingat merudum kepada lapan emas pada SUKMA 1998 di Selangor dan satu pingat gangsa di Perlis pada SUKMA 2014.
Ketua jurulatih skuad menembak Sarawak, Christina Liaw berkata pihaknya enggan meletakkan sasaran tinggi pada SUKMA XVIII ini kerana khuatir gagal mencapainya seperti SUKMA XVII lalu.
“Kami tidak mahu meletakkan sasaran tinggi seperti SUKMA sebelum ini, apabila kami tidak mencapai sasaran.
“Tiga emas boleh dicapai apabila kita mempunyai senjata baharu walaupun hanya tiba pada 9 Jun lalu akibat beberapa masalah teknikal kerana ia perlu melalui polis untuk kelulusan,” katanya.
Christina berkata, penembak-penembak Sarawak berumur antara 13 hingga 19 tahun dipilih dari enam buah sekolah di Kuching termasuk Lodge International School, Tunku Putra International School, SMK Batu Lintang, SMK Green Road, SMK St Joseph dan sekolah dari Samariang.
Menurutnya, beliau yakin Sarawak mungkin mampu meraih lebih daripada tiga emas kerana beberapa faktor termasuk mempunyai jurulatih asing seperti Oleksandr Semangkin yang giat membimbing atlet-atlet muda. -UtusanBorneo
No comments:
Post a Comment