KUCHING (Sept 04): Pengendali skuad SUKMA 2016, Johnny Dominicus menaruh keyakinan tinggi terhadap kudrat pemain mudanya untuk melakar kejutan pada kempen Piala Sarawak 2014 yang akan berlangsung dari 20 hingga 27 September depan.
Menurut Johnny, persediaan skuad yang dibarisi semua pemain bawah 19 tahun itu berjalan dengan baik dan bersedia untuk memberikan cabaran pada temasya dwitahunan itu.
“Semua pemain dalam skuad ini mewakili Sarawak pada kejohanan Piala Belia di Melaka lalu. Setakat ini, persiapan kita berjalan dengan baik dan saya percaya dengan kemampuan mereka untuk mencipta kejutan pada kejohanan itu nanti,” katanya di sini semalam.





