Kuching memberi amaran awal kepada para pencabar untuk kempen Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2016-17 dengan menunjukkan kejaguhan menewaskan Sri Aman 2-0 di Stadium Negeri malam tadi.
Utusan Borneo melaporkan pasukan tuan rumah dibarisi pemain-pemain berpengalaman beraksi mantap di hadapan kira-kira 1,000 orang penonton dengan melakukan beberapa asakan ke kubu pasukan pelawat.
Skuad warga kota hampir- hampir memperolehi gol awal pada minit ke-23 apabila Mohd Shazwan Rahmatullah merembat kencang di depan gawang Sri Aman namun bola terkena benteng lawan.
Bagaimanapun, usaha gigih Kuching membuahkan hasil apabila Mohd Asrullah Drahman mudah menolak masuk bola ketika dalam suasana kelam- kabut di depan gawang Sri Aman dengan kedudukan 1-0 pada minit ke-30.
Sehingga wisel penamat babak pertama dibunyikan oleh pengadil perlawanan, Kuching melangkah keluar masa rehat dengan mendahului Sri Aman 1-0.
Babak kedua, perlawanan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan namun Kuching seringkali mengucar-kacir benteng lawan untuk memburu gol seterusnya.
Minit ke-58, Kuching hampir-hampir menambah jaringan apabila Mohd Shazwan melakukan percubaan namun bola sepakannya tersasar setelah menerima hantaran cantik daripada Mohd Hafiz Abu Bakar.
Kuching banyak melakukan asakan pada minit-minit akhir perlawanan namun pertahanan Sri Aman tampak begitu kental menangkis serangan pasukan tuan rumah.
Bagaimanapun, minit ke- 90 Stadium Negeri bergema dengan sorakan penyokongpenyokong pasukan tuan rumah apabila Kuching memperolehi gol kedua menerusi jaringan Mohd Shazwan sekali gus menyaksikan penyandang juara musim lalu itu menang bergaya dengan 2-0.
Sehubungan itu, acara pe r a smi an pe r l awana n pembukaan kempen LBR 2016 antara Kuching-Sri Aman malam tadi disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
Turut disaksikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Apandi Hamzah, Naib Presiden Kanan FAM Nizam Sani, Pengerusi LBR Datuk Shamsul Anwar Sulaiman, Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Abdul Wahab Abdul Rahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching, Rakawi Ibrahim.

No comments:
Post a Comment