Sebanyak LAPAN pasukan terbaik dan terpilih akan berentap dalam saingan KSRRSK Friendly League yang akan bermula Ahad ini.
Dan dijangkakan kejohanan tersebut akan tamat pada 11 Disember 2016.
Kejohanan tersebut hanya akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad sahaja dimana hanya DUA perlawanan akan berlangsung dalam sehari iaitu perlawanan jam 2.00 Petang dan 4.00 Petang.
Jurucakap kejohanan, Encik Mohd Romze berkata, pasukan terbabit adalah FC Quaquero, SIFT (Imigresen Sarawak), Jati FT, DJB FT, Muffa FC, Masja-Sa FC, FC Enemurators (Perangkaan Sarawak) dan Real Stats FC sebagai pasukan tuan rumah.
Menurut Mohd Romze, kesemua 28 perlawanan untuk liga ini akan berlansung di Padang HDC, Kpg Tunku Perumahan Phase 2, Jalan Astana, Petra Jaya Kuching, Sarawak.
Manakala format kejohanan liga tersebut adalah berasaskan liga satu pusingan dan dijangkakan saingan pasti sengit kerana kebanyakan pasukan bertanding turut menyenaraikan pemain-pemain berpengalaman yang pernah menyertai dan mewakili tiga skuad utama negeri (skuad Sarawak, Piala Presiden & Piala Belia), tegas Mohd Romze.
Tidak hanya itu, hadiah untuk penjaring terbanyak dan penjaga gawang terbaik kejohanan juga turut disediakan hadiah.
No comments:
Post a Comment