KUCHING: Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memaksimumkan legasi Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-18 bagi membangun serta mengembangkan atlet-atlet negeri pada masa sama mencungkil bakat-bakat baharu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Ghani berkata Kementerian Belia, Sukan dan Perpaduan dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) bersama persatuan-persatuan sukan negeri ini mempunyai perancangan memanfaat kemudahan- kemudahan sukan SUKMA XVIII.
“Sejajar dengan usaha kerajaan negeri, persatuan-persatuan sukan di negeri ini boleh menggunakan venue sedia ada untuk menganjurkan acaraacara sukan atau kejohanan peringkat kebangsaan,” katanya di sini semalam.
Morshidi berkata, dari segi penyelenggaraan venue-venue sukan tersebut, sebuah anak syarikat negeri akan dilantik.
Katanya, Sarawak mempunyai banyak perancangan selepas SUKMA XVIII kerana menganggap ini adalah satu permulaan kepada cabaran baharu iaitu mengekalkan piawaian sedia ada, membangun dan mengembangkan atletatlet serta pengelenggaraan memastikan ia dapat dimanfaat semua persatuan sukan. -UtusanBorneo

No comments:
Post a Comment