PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menafikan negara ketandusan pemain pelapis dalam badminton negara selepas Datuk Lee Chong Wei, sekali gus menepis dakwaan kononnya negara tidak serius dalam membangunkan kualiti sukan itu.
Timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria memberitahu FMT keadaan itu dapat diterjemahkan melalui pencapaian pasukan badminton di Olimpik Rio baru- baru ini.
Beliau berkata BAM menggunakan strategi serampang dua mata - pertama, persediaan untuk Olimpik Rio dan kedua, persediaan untuk menggantikan Chong Weil
Norza berkata demikian ketika diminta mengulas keluhan bekas ketua jurulatih negara Datuk Misbun Sidek (klik disini) yang berkata Malaysia kekurangan sistem latihan atlet handalan yang sempurna dan maju dan ini mengakibatkan negara gagal memenangi pingat emas di Olimpik Rio.
Timbalan presiden BAM menafikan persatuan mengalami masalah kewangan sehingga gagal membuat persediaan yang terbaik untuk Olimpik Rio.
Bahkan, menurut Norza, BAM kini berada pada landasan yang betul yang mampu memastikan kualiti latihan negara setaraf dengan China.
No comments:
Post a Comment