Friday, 5 August 2016

Muwaku belasah Kuching Blackcatz 33-19

PERSAHABATAN: Pemain Muwaku dan Blackcatz merakam kenangan bersama selepas perlawanan berakhir.
KUCHING (HaryIlias): Kelab ragbi terkemuka dari Taiwan, Muwaku RFC mengejutkan tuan rumah Kuching RFC Blackcatz semasa sesi lawatan selama lima hari di Sarawak baru-baru ini,

Pertembungan menarik berlangsung selama 40 minit di Padang Rugbi Song Kheng Hai menyaksikan kedua pasukan masing- masing menurunkan pemain veteran terbaik mereka untuk memburu kemenangan.

Muwaku RFC yang membariskan seramai 27 pemain dalam lingkungan usia 50-70 tahun tampak hebat apabila mendahului separuh masa dengan 21-0.

Latihan selama tiga bulan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan pelawat apabila berjaya mencatat tiga percubaan dan tiga conversion untuk mendahului dengan selesa.

Begitupun, Kuching RFC Blackcatz yang menurunkan pemain dalam kumpulan usia sama berjaya menemui rentak permainan pada babak kedua.

Mereka membalas menerusi bekas bintang ragbi tempatan, Louis Simon Peter dan bekas Presiden KRFC Azlan Borhan.

Pemain tuan rumah, Ejam Murni berjaya menyudahkan dua daripada tiga conversion untuk memastikan mereka terus memberi tekanan kepada pasukan dari Taiwan itu.

Pelawat memastikan kemenangan mutlak dengan mata 33-19 selepas diperkuatkan oleh pemain simpanan.

Manakala Kuching RFC Blackcatz yang turut memasukkan pemain simpanan gagal menambah kutipan mata.

Pemain tertua Blackcatz, Dick Bentham bermain sepenuh masa dalam perlawanan itu. -UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment