Sunday, 7 September 2014

Hukuman untuk FAS diketahui awal Oktober

Hukuman yang bakal diterima Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) ekoran tindakan merusuh peminat selepas tamat perlawanan Sarawak dan Perak di Kuching pada 30 Ogos lalu akan dapat diketahui awal Oktober depan.

Demikian kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin ketika dihubungi Utusan Sarawak petang semalam.

"Kami telah mengadakan mesyuarat awal dengan Jawatankuasa Tatatertib bagi membincangkan perkara itu," katanya. "Setakat ini masih belum ada kata putus mengenainya. Besar kemungkinan bentuk hukuman dikenakan ke atas FAS akan diketahui pada awal Oktober depan," jelas Hamidin. Menurut Hamidin, banyak perkara yang perlu diteliti pihak Jawatankuasa Tertib selain mengambil kira laporan daripada beberapa pihak setakat ini.

Tambah beliau, pihaknya akan memaklumkan perkara itu (hukuman) sebaik keputusan sudah dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib berhubung perkara itu. Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pernah dihukum RM200,000 pada 2009 ekoran tindakan penyokongnya yang merusuh sambil membakar kenderaan pihak polis. 

No comments:

Post a Comment