Friday, 24 June 2016

SUKMA 2016: Skuad berbasikal sudah bersedia

KUCHING (FaizalBujang): TEMPOH 29 hari tirai kejohanan berprestij negara, Sukan Malaysia (SUKMA) XVIII 2016 dibuka sepenuhnya. 

Sekali gus penanda aras buat skuad berbasikal Sarawak bersiap sedia dalam mengorak langkah memburu kilauan pingat.

Demikian dinyatakan ketua jurulatih, Dzulkaflee Hassan tatkala mengulas mengenai persiapan pasukannya ketika ini. Menurut Dzulkaflee, skuad berbasikal kini sudah siap siaga untuk turun mengharungi temasya SUKMA.

"Para pelumba kini siap sedia untuk turun mengharungi cabaran, dengan persiapan rapi dilakukan hampir setahun lalu," jelas Dzulkaflee.

Beliau akui, seramai 26 orang pelumba akan menggalas cabaran untuk kontinjen Sarawak semasa Sukma XVIII 2016. Dengan seramai 14 pelumba lelaki dan selebihnya (12 orang) pelumba wanita.

Pada saingan yang akan bermula dari 22 hingga 31 Julai depan, Dzulkaflee memberitahu, barisan pelumba yang tersenarai akan menyertai kesemua sembilan kategori yang dipertandingkan. 


Antara kategori terbabit ialah, kategori berbukit (lelaki & wanita), BMX (lelaki & wanita), 200 meter pecut (lelaki & wanita), 500 meter perempuan, 1 kilometer lelaki, ujian masa individu (lelaki & wanita), ujian masa berpasukan (lelaki & wanita), Criterium (lelaki & wanita), lebuh raya individu (lelaki & wanita) dan lebuh raya berpasukan (lelaki & wanita). 


"Kesemua pelumba terbabit kin berkampung di Kuching untuk menjalani latih pusat," tambah Dzulkaflee lagi. -UtusanSarawak

No comments:

Post a Comment